.::Lata.Kinjang (part 2)::.

Sunday, November 22, 2009

"Apa yang kita fikirkan tentang kita, itulah kita.."

"Kita selalu anggap pelangi kat atas kepala org lain, tak pernah kat atas kepala sendiri…"

"Untuk dapatkan yang terbaik, pastikan kita sendiri telah memberikan yang terbaik…~aku bukan yang TERBAIK~"

"Bukan semua org itu bodoh, sebenarnya dia bodoh, sebab dia membenarkan dirinya utk menjadi bodoh…"

"Jangan jadi beruk, pandai panjat pokok tapi tak pandai tanam pokok…"

"Memang perlu percaya dgn semua org, tapi ingat…tak semua org boleh dipercayai…"

"Andainya yang bulan itu tak bisa ku rangkul..biarkan yang bintang itu menjadi mimpi tika gelap.."

"Nak tengok siapa kita, tengoklah siapa kawan kita…"

"Jika tak berubah, sengsara dan merana.."

"Untuk menggapai awan, tidak cukup hanya dengan layang-layang…"

"Tak ada kerja yang tak ada masalah, tapi masalah yang paling besar ialah apabila tak ada kerja…"

"Kalau sayangkan diri, layan diri dan berikan apa kemahuannya. Kemahuan diri ialah dipergunakan sebaik-baiknya dan itulah yang cuba kita lakukan…"

.::Mati::.

Thursday, November 5, 2009

Mati itu tetap mati, bukan?
Mati itu tetap datang, bukan?
Mati itu tetap mendengki, bukan?
Mati,
Aku tak kuat menghadapmu,
Benar!

Berilah masa untuk ditarikan tari keampunan di titik akhir ini,
Berilah kekuatan untuk menghadapmu di satu masa yang abadi itu,
Berilah kaki tangan yang suci lain agar taubatnya Kau diterima,
Berilah!


Nukilan; Hazmir Hamid

* Alhamdulillah..baru selesai final exam paper food packaging. Semoga akan peroleh keputusan yang cemerlang..amin,,

.::Emosi::.

Tuesday, November 3, 2009

Kadang-kadang dalam keramaian,
Kita impikan kesunyian,
Rasa macam nak lari daripada orang ramai,
Dan terus bersendiri jauh daripada orang lain..

Sepi itu kadang-kadang akan dirindui,
Tapi adat hidup,
Manusia tak pernah bersyukur dengan apa yang dia kecapi.

Kita manusia,
Dilahirkan dengan emosi yang penuh mendalam.


Nukilan; Hazmir Hamid

.::Tetap Aku::.

Sunday, November 1, 2009

Ini aku,
Pagi-pagi buka mata longlai,
Cuba jadi diri sendiri,
Harap esok matahari datang dan peluk aku,
Harap bulan senyum lihat aku yang baru,

Aku terima saja,
Perubahan adalah satu perjalanan di antara kebencian dan penerimaan,
Bila mahu berubah tutupkan telinga pada mentaliti kolot itu,

Terima atau tidak,
Itu tetap aku.


Nukilan; Hazmir Hamid

.::Matahari.Bulan.Bintang::.

Ketika bersama bintang,
Aku tanya bintang,
Bila bulan hendak menjemputku?

Ketika bersama bulan,
Aku tanya bulan,
Bila matahari hendak memelukku?

Ketika bersama matahari,
Aku tanya matahari,
Bila bintang akan kembali?

Argghh!! Kita manusia tak pernah puas..


Nukilan; Hazmir Hamid

.::Anak Kecil::.

Saturday, October 31, 2009


Anak kecil itu berlagu mengikut nada jiwa kanaknya,
Mentertawakan kita pabila terciptanya salah kita,
Menjelir lidah tanda tidak gembira dengan situasi,
Mahu itu mahu ini lantas merebut segala yang ada di depan,
Menangis meraung pabila kata kehendaknya tidak didengar,
Memek muka yang diukir mengikut emosi diri,

Jangan dilayangkan jari jemari pada wajah comelnya itu,
Jangan ditarik tinggi nota vokal suara pada si kecil itu,
Hentikan bebelan panjang kamu,

Tanya pada diri,
Bukankah dahulunya kita pun begitu?

Sudah,
Biarkan mereka bertepuk tangan,
Bergembira di liga mereka sendiri,
Bagaikan nostalgia kita pada dekad yang lalu…


Nukilan; Hazmir Hamid

.::Takdir Yang Tertulis::.


“Mungkin ini telah ditakdir dan ditulis dalam rentetan perjalanan hidupku.”

Tanpa sedar hatiku berbisik pada fikiran,
Tatkala kususuri jalan yang telah sunyi itu,
Ku pandang sekeliling,
Dedaunan terbang berguguran..melayang,
Dan bunga-bunganya gemalai menghias sekitar,
Setelah disentuh mesra angin dingin.

Aku bahagia di sini,
Syukur pada-Mu Ya Allah,
Getir membawa aku ke sini,
Sabar,
Memimpinku mendaki tangga-tangga ketenangan.


Nukilan; Hazmir Hamid

.::Kembali.Pulang::.

Assalammualaikum kalian..

Dua bulan menyepi,
Menyendiri,
Membisu tanpa erti,
Bukan tanda sombong diri,
Bukan untuk dimengerti,
Bukan untuk disakiti,
Bukan jua untuk dirindui.

Rindu,
Rinduku untuk berpuisi,
Kepulangan yang dinanti,
Kini kembali..

.::Kaku::.

Tuesday, August 18, 2009

mengapa harus begini
membiarkan diri sebegini
apa yang aku cari
apa yang aku nanti..

apakah mentari tak mahu muncul lagi
apakah hujan tidak mahu berhenti kini
apakah bulan sudah lupa malam hari
apakah bintang sudah tidak berkelip lagi
apakah pelangi sudah tak berwarna lagi..

usah biar diri terus begini
kerana aku harus menginjak diri
dari tempat di mana aku berdiri
jalan ini harus ku jalani..

.::Yang.Ku.Punya::.

Monday, August 17, 2009

aku tak punya apa
tiada aset nilai berjuta
juga tiada harta
yang ku punya hanya kata-kata
yang ku ada hanya bait-bait kata

ilham tercipta dari yang Esa
memuntah bagai lahar dari segenap raga

yang luhur bukan diada-ada
hanya itu yang ku punya

melakar di setiap ruang maya bisu tanpa suara
dari laman ke laman yang ada

walau aku tak punya ilmu di dada
berbekal kata-kata mewangi membangkit semangat di jiwa

bukan menunjuk baik bagai alim ulama
yang ku punya hanya DIA

kata-kata untuk ku jua sesama kita halusinya
di cerna menjadi santapan minda pengubat lara

moga terzahir di kelakuan kita
menjadi sebati meresap penyubur iman di dada

hanya itu yang ku punya
bicara sepi seorang yang tak punya apa

kata-kata menuju yang Satu
untuk ku
untuk kita semua

.::Pendayung.Sampan::.

Thursday, July 9, 2009

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.
Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam.
Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.
Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian.
Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang, selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku.
Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali.
Pendayung sampan itu mendongak ke langit.
Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, 'Hmm. Hari nak hujan.'
' OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat' kata Professor itu.
Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai...
Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan...
'Kamu dah lama kerja mendayung sampan?' Tanya Professor itu.
'Hampir semur hidup saya.' Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.
'Seumur hidup kamu?' Tanya Professor itu lagi.
'Ya'.
'Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?' Tanya Professor itu.
Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya.
Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi.
'Kamu tahu geografi?'
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
'Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.'
Kata Professor itu lagi, 'Kamu tahu biologi?'
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
'Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu.
'Kamu tahu fizik?' Professor itu masih lagi bertanya...
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.
'Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.
Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.
Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan.'
Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh.
Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.
Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun.
Tiba-tiba saja datang ombak besar.
Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.
Professor dan pendayung sampan terpelanting.
Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,
'Kamu tahu berenang?'
Professor itu menggelengkan kepala.
'Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.'
Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai...
Moral of da story:
Dalam hidup ni IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan.
Tak guna kalau kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup.
Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita.
Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya,
tetapi 'MASTER' dalam bidang yang diceburi.
Hidup ini singkat.
Jadi, tanyalah pada diri sendiri,
untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan?
Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.
dan...
Usaha yang sempurna adalah kemenangan...

.::Terfikir.Aku.Akan...::.

Saturday, July 4, 2009


::thinking::


cintailah apa yang kita mahu..

kerana kita pasti akan berpisah dengannya suatu masa nanti...


::alone::

Manusia itu tidak tua dalam mencari harta dunia

sekalipun telah terbonjol dua tulang dadanya..



::pisang berangan::

Gambar x pernah menipu..tp kita manusia selalu…


::classic::
jgn pedulikan ape yang org kata..
buat apa saja yg kita suka..
asalkan itu mulia..


::looking::

Sekeping gambar yg cantik lebih baik dari seribu keping yang tidak cantik

tetapi sekeping yang tidak cantik lebih baik dari tiada gambar ..