.::Anak Kecil::.

Saturday, October 31, 2009


Anak kecil itu berlagu mengikut nada jiwa kanaknya,
Mentertawakan kita pabila terciptanya salah kita,
Menjelir lidah tanda tidak gembira dengan situasi,
Mahu itu mahu ini lantas merebut segala yang ada di depan,
Menangis meraung pabila kata kehendaknya tidak didengar,
Memek muka yang diukir mengikut emosi diri,

Jangan dilayangkan jari jemari pada wajah comelnya itu,
Jangan ditarik tinggi nota vokal suara pada si kecil itu,
Hentikan bebelan panjang kamu,

Tanya pada diri,
Bukankah dahulunya kita pun begitu?

Sudah,
Biarkan mereka bertepuk tangan,
Bergembira di liga mereka sendiri,
Bagaikan nostalgia kita pada dekad yang lalu…


Nukilan; Hazmir Hamid

0 comments: