.::Meja.Usang::.

Sunday, June 28, 2009



Segalanya bermula disini..
Di meja usang ini..
Suka duka..
Riang ria..
Gelak tawa..
Tangis hiba..
Segalanya disini..
Terciptamya memori..

Di meja usang ini..
Berhimpunnya insan2 dari setiap pelusok negeri..
X kira dr mana dia dtg..
X kira apa taraf hidup mereka..
X kira kulit apa warna kulit dia..
Yang pasti..
Kami semua satu jiwa satu hati..

Di meja usang ini..
Disinilah zon ceria dilahirkn..
Tatkala berada di zon ini..
Wajah2 muram..
Wajah2 kecewa..
Wajah2 masam mencuka..
Tidak dibenarkn sama skali..
Hanya kerna terikat dgn hukum zon ceria..

Di meja usang ini..
Disinilah tmpt utk meluahkn prasaan msng2..
Suka..
Sedih..
Kecewa..
Marah..
Geram..
Segalanya..
Ttap setia disini..

Kini..
Meja usang ini..
Kian sunyi..
Kosong..
Tiada lagi seri..
Umpama langit tanpa bintang..
Ibarat hati tiada bercahaya..
Kelam..
Tiada lagi kedengaran gelak tawa..
Gurau senda..
Tangis hiba..
Masing2 mula membawa haluan sendiri..
Meja usang kian sepi..
Tangis bersendiri..


Selamat tinggal kenangan...


.::Abah..Kau.Yang.Terbaik::.

Sunday, June 21, 2009

Bapa, ayah, abah,
itulah panggilan keramat anak kepada lelaki yang mempunyai anak.
Kehebatan ayah tiadalah tandingannya.
Sebut saja ayah anak pasti berhati-hati.
Ayah selalunya tegas dan penuh disiplin.
Dalam banyak hal ayahlah kata pemutus.

Ayah juga jarang menunjukkan secara zahir sayangnya pada anak.
Hakikatnya ayah amat sayang pada anak-anak.
Kebanyakkan ayah tak banyak cakap tapi banyak tindakan.
Ayah banyak mengajar anak-anak dengan perbuatan dan gerak geri.
Ayah juga banyak guna bahasa badan,
sehingga anak membuat telahan sendiri.
Anak-anak kalau bercakap dengan ayah terlalu berhati-hati.
Kadang-kadang takut kadang-kadang tidak.

Itulah kebanyakan lelaki yang bergelar ayah!
Sempena Hari Bapa, hadiahkanlah sesuatu untuk ayah.
Beraksilah dipentas kehidupan dengan aksi-aksi yang tidak mengecewakan ayah dan ibu kita.

TANPA AYAH TIADALAH KITA DI DUNIA INI..
KASIHNYA IBU MEMBAWA KE SYURGA,
KASIHNYA AYAH SANGGUP BERKORBAN..

SELAMAT HARI BAPA..
Thanx abah..

.::Setiap Kekurangan Ada Kelebihannya::.

Wednesday, June 3, 2009

Setiap Kekurangan Ada Kelebihannya...

Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya.Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari.

Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidak sempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu.""Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?""Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah jumlah air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu.

Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kitaberjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang."


Moral: Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mahu, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-Nya. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekurangan kita. Kenalilah kelemahan kita. Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemui kekuatan kita.